LAMAN WEB SK SELIAU
71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Laman ini dikemaskini 18/02/2008


Klik di sini untuk peta saiz besar

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1924 dengan nama Sekolah Melayu Seliau. Guru Besar yang pertama ialah En. Akasah b Mat Ali. Sekolah ini hanya mempunyai bangunan utama dan 2 unit rumah guru. Sekolah ini telah ditutup sementara pada tahun 1941 akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sebaik Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1946, sekolah ini telah dibuka semula. Pembukaan perusahaan lombong bijih timah Rantau Tin Dredging pada tahun 1948 telah menyebabkan pertambahan bilangan  murid. Ini secara tidak langsung memerlukan tambahan bangunan. Sebuah bangunan tambahan (papan) telah dibina. Bangunan tambahan yang menempatkan bilik Sains dan Kemahiran Hidup serta tandas dibina pada tahun 1970. PIBG Sekolah Kebangsaan Seliau telah ditubuhkan pada 1972 dengan pengerusi pertamanya ialah En. Ariffin bin Awang. Blok Pentadbiran dan Kantin telah dibina pada tahun 1976 yang mengambil kawasan rumah guru yang telah dirobohkan. Pertambahan bilangan murid dan keperluan pembelajaran yang lebih sempurna menyaksikan rumah guru digantikan dengan banguan bilik darjah yang mengandungi 4 kelas yang dibina secara gotong-royong pada tahun 1990. Bangunan Pra Sekolah telah dibina pada tahun 2002 untuk memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak di Seliau. Kepesatan dalam perkembangan teknologi maklumat turut melanda SK Seliau dan Makmal ICT telah dibina pada tahun 2003.

MISI SEKOLAH
Kami warga SK Seliau akan memastikan Kurikulum dan KoKurikulum cemerlang, sahsiah dan disiplin yang terpuji di dalam persekitaran yang kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus berbantukan hubungan komuniti yang erat.

VISI SEKOLAH
SK Seliau  akan menjadi sekolah cemerlang di Negeri Sembilan menjelang 2010.

SENARAI BEKAS GURU BESAR

Akasah bin Mat Ali  (1.6.1924 – 26.3.1928)
Basir bin Yahya (29.3.1928 – 26.1.1933)
Ali bin Md Yassin (1.2.1933 – 3.11.1937)
Ahmad Hanafi bin Amir (1.10.1945 – 5.1.1959)

Hj baharom bin Ahmad (6.1.1959 – 11.1.1964)
Rashid bin Daud (12.1.1964 – 28.6.1968)
Tukiman bin Sagimin (1.7.1968 – 31.12.1971)

Hj Ismail bin Ibrahim (18.1.1972 – 6.4.1978)
Jani bin Sharif (7.4.1978 – 2.9.1985)
Ramli bin Hj Ahmad  ( 14.9.1985 – 16.7.1986)
Alias bin Ishak (16.7.1986 – 13.11. 1987)
Talib bin Johan (16.11.1987 – 31.6. 1996)
Ab Halim bin Ab Majid  ( 1.7.1996 – 15.12. 1999)
Zakaria bin Mohamed (16.12.1999 – 30.6.2003)
Hj Ismail bin Shoib ( 1.11.2003 – 16.6.2006)
Hjh Noor Semarli binti Hj Alias (1.7.2006 - 15.2.2008)


DATA MURID 2008
MURID LELAKI
MURID PEREMPUAN
JUMLAH
PRA SEKOLAH
8
7
15
TAHUN 1
8
11
19
TAHUN 2
11
8
19
TAHUN 3
12
11
23
TAHUN 4
7
12
19
TAHUN 5
7
8
15
TAHUN 6
9
8
17
PENDIDIKAN KHAS
1
1
2

PURATA KEPUTUSAN UPSR SK SELIAU
2007
2006
2005
CALON DAFTAR
22
17
16
5A
8
2
2
PERATUS 5A
36.4
11.8
12.5
GPMP
1.63
1.96
2.04

AKTIVITI SEMASA

LAWATAN KE SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK (SBP)

 

MAJLIS PERPISAHAN HAJAH NOOR SEMARLI 15.2.2008